"Anak Saya Tak Bersalah, Dia Hanya ‘Tarik Hidung Mangsa Sahaja'

Tikus_hp
Anak Saya Tak Bersalah, Dia Hanya ‘Tarik Hidung Mangsa Sahaja

Pelajar rambut perang yang didakwa salah seorang suspek kes buli pelajar tingkatan satu di SMK Bandar Sri Damansara 2, menafikan dirinya memijak kepala mangsa sehingga ‘berlubang’ dalam kejadian dilaporkan pada 23 Februari lalu.

Menerusi sepucuk surat laporan yang dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara, remaja itu mendakwa dia tidak memijak kepala mangsa, Puteri Aleesya Maisarah Mohd Shukri, 13, sebaliknya rakannya yang berbuat demikian.

Anak Saya Tak Bersalah, Dia Hanya ‘Tarik Hidung Mangsa Sahaja

Saya dapati beberapa kecaman yang dibuat terhadap diri saya dan juga ibu saya, sedangkan yang memijak pelajar perempuan (mangsa) adalah bukan saya tetapi rakan saya yang bernama Nurul Huda,” katanya memetik laporan polis yang dibuatnya pada 24 Februari lalu.

Tambah remaja itu, dia mendakwa rakannya telah membuat pengakuan di hadapan guru sekolah berkenaan.

Menurutnya, dia membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dan rasa terancam dengan segelintir netizen yang mengecam dia dan ibunya setelah gambar mereka menjadi tular di laman sosial.

Anak Saya Tak Bersalah, Dia Hanya ‘Tarik Hidung Mangsa Sahaja

Sebelum ini, ibu suspek ada memuat naik kenyataan mengatakan anaknya tidak bersalah dan hanya ‘tarik hidung mangsa sahaja‘. Bagaimanapun, semakan di laman Facebook mendapati kenyataan tersebut telah dipadamkan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Shukri Sulaiman, 42, akan tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap enam pelajar yang terlibat mencederakan anak perempuannya itu.

Menceritakan semula kejadian itu, Puteri Aleesya Maisarah berkata dia mengenali pelajar tingkatan tiga yang terlibat, namun tidak berkawan dengan mereka.

“Saya keluar kelas selepas waktu sekolah tamat untuk sertai aktiviti mengecat sekolah sebelum dua pelajar perempuan tingkatan tiga itu menarik saya masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan dua.

Mereka kemudian menarik tudung saya dan membelasah saya sehingga pengsan. Saya tidak tahu apa motif saya dibelasah kerana saya tidak berdendam dengan sesiapa di sekolah,” katanya.

Difahamkan, Aleesya kini sudah semakin pulih namun masih menerima rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh.

Tutorial : Bagaimana Cara Membina Blog Yang Menarik

Tikus_hp
Assalamualaikum


Hello lads, gents, gays and lesbs sekalian. Aku ada dapat beberapa pertanyaan berkenaan dengan blog. Mostly, newbies datang dan tanya perihal blog. Terutama pasal apa yang patut ada di blog.

Ini adalah entri yang paling paling paling paling paling basic tentang cara untuk buat blog. Sebab, some of guys datang dan kata dia tak tahu apa-apa mengenai blog.

Kalau dulu, aku selalu kata worpress adalah best sebab boleh reply comment and etc. Sebenarnya, wordpress adalah best, tetapi hanya kalau korang nak buat domain sendiri. If not, then blogger (blogspot) adalah yang terbaik setakat ini. Lebih-lebih lagi, kalau korang agak baru memandangkan blogger adalah amat simple kalau nak di bandingkan dengan wordpress.

The Whole Template.


Okay, bagi korang yang baru belajar cara membuat blog, dan tak tahu nak ambil template / layout yang macam mana, korang boleh download je dari website-website yang cool. Korang boleh lepak di blog mamat ni untuk cari template yang best. 

Selepas download extract keluar template (code script) tu guna winzip/winrar. Buka account blogger anda -> Dashboard ->Design -> Edit HTML then upload the code script -> Save Template.

Then tadaaa. Korang dah ada template sendiri. 

Besarkan size ruangan blog entry post (post body)
Dan, antara soalan yang paling banyak yang aku dapat adalah pasal cara nak besarkan ruangan blog post which is ruangan entri anda di blog anda. Caranya, aku tak tahu pada asalnya, tapi bila aku belajar sendiri bila nak buat template baru warna hijau ni, aku terbelajar lah cara nak edit semua ni. Caranya:

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F (Ini akan aktifkan fungsi search di web brower anda- Juga boleh di gunakan di Microsoft Office) Tulis 'main-wrapper' tanpa koma atas. 

Anda akan nampak seperti di bawah


Dari situ, cari dia punya width. Itu lah size blog post (post / entry body) anda. Kalau kita tengok, asalnya 500px.


Bila preview, ia akan jadi macam ni;



Aku tukarkan ke 1000px, ia akan jadi macam ni.


Dengan kata lain, just tukarkan ikut suka korang lah nak width berapa pun. Dan, pastikan ada ruang untuk sidebar. 


Dan kalau korang nak ubah warna link, visited link dan hover (letakkan mouse di atas link), boleh search guna perkataan yang di dalam gambar bawah,


Then tukar dia punya colour. Kod-kod warna dia, korang boleh ambil di blog ini.

Begitu juga lah dengan fungsi quote dan sidebar. Korang boleh belajar discover sendiri. Dan kalau nak diikutkan, korang boleh ubah setiap benda yang ada di blog korang dengan satu syarat, korang kena faham bahasa kod. Tak payah belajar kat kelas pun apa. Belajar sendiri pun boleh. Main agak-agak dan main logik-logik je. Sebab, aku pun belajar sendiri dan selalu buat try and error. Aku berani belajar sendiri sebab HMTL codes ni, adalah semuanya based on logik. Ingat tu.

Tapi, sebelum try and error tu, pastikan korang buat back-up korang punya template dulu. Kang nanti template blog hancur, jangan nak salahkan aku.

Title tag improve SEO.
Apa itu SEO? Kalau dulu, aku tengok hampir setiap hari blogger-blogger tulis pasal SEO. Tapi sekarang, amat susah nak cari. SEO adalah Search Engine Optimization. Kalau SEO korang bagus, raking Alexa korang akan jadi bagus. Kalau SEO korang bagus, blog korang akan di penuhi dengan orang ramai yang search di Google, Bing dan Yahoo! Sebab, semakin tinggi SEO korang, semakin mudah lah blog korang nak di jumpai di ketika di search.

Cara paling mudah untuk improve SEO adalah dengan ubah dan letak Title tag.

Caranya, mula-mula

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F (Ini akan aktifkan fungsi search di web brower anda- Juga boleh di gunakan di Microsoft Office). Search untuk

<title><data:blog.pageTitle/></title>

Bila dah jumpa, replacekannya dengan code di bawah;

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/></title>
</b:if>

Selepas dah replace tu, Save kan template.

Code ini akan membuatkan nama blog tidak akan di papar bila di search. Aku rasa, SEO makin bagus kalau kita buang kita punya nama blog. Lagi pun, tak kerasa nama blog tu akan buat ianya kacau SEO? Orang search tentang blog post, bukannya nama blog.

The Must Have


Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.) 
Counter, Referrer / Tracker - Panting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda. 

The NOT TO
Apa yang tak patut ada di blog anda adalah;
Jam - Pembaca anda boleh tengok jam di sudut bawah kanan di PC dieorang. Melainkan kalau blog korang banyak porno sampai mereka terlalai sampai tak perasan waktu solat.
Oh, selebihnya, boleh dirujuk di SINI.

Macam mana / Bagaimana nak buat supaya orang tak boleh copy entry blog kita? 


Ya, antara masalah paling tak best bila kita buat entri yang agak best, adalah bila ada malaun tak tahu malu yang copy apa yang kita tulis. Kalu copy tak apa. Aku pun tak kisah, tapi, letak lah link ke blog yang korang copy. Kalau boleh, letak lah direct link. Ni tak, dah la copy orang punya, link tak letak. Selepas tu, buat macam dia punya. Aku pernah ada masalah ni. Ada sorang mamat ni. Dia buat note kat FB, tapi isi dia bulat-bulat entri aku. Aku dah lupa nama dia. Yang aku ingat, dia pakai baju melayu pastu muka bajet comel.

So, cara untuk prevent orang dari curi blog post korang adalah dengan;

Dashboard ->Design -> Page Element -> Add Gadget -> Add HTML/JavaScript -> Paste code di bawah -> Save.


<script language="JavaScript">
<!-- 
//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com 
var message="Function Blocked"; 

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){ alert(message); return false;
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false") 
// -->
</script>
Selepas save, then bila view blog, korang dah tak boleh tekan kanan mouse sebab nanti dia akan keluar error tulis "Function Blocked". Korang boleh tukar perkataan ni kepada perkataan lain.

Atau pun, lagi mudah bila korang gunakan code di bawah.

Dashboard ->Design -> Edit HTML-> 'Tick' Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F -> Search untuk

<body>

Dan replace dengan

<body oncontextmenu='return false;' onkeydown='return false;' onmousedown='return false;'>

Kemudia, Save Template.

Code di atas akan membuatkan blog anda tak boleh di kanan klik, tak boleh di select (Highlight) dan tak boleh di Ctrl+C Ctrl V. 

Okay dah. Semoga korang ada blog yang best

Aku rasa, apa yang di atas adalah benda yang antara paling penting untuk sesebuah blog. Mungkin aku ada missed something or whatever. Apa-apahal, boleh tanya di Formspring aku.

Bye 

Goodbye To Astro, Korang Dah Boleh Cabut Wayar Astro Sekarang

Tikus_hp
Goodbye To Astro, Korang Dah Boleh Cabut Wayar Astro Sekarang

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD - High Defination).


“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini. Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.


Goodbye To Astro, Korang Dah Boleh Cabut Wayar Astro Sekarang

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.


Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.


Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.


Goodbye To Astro, Korang Dah Boleh Cabut Wayar Astro Sekarang

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.

Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.
Powered by Blogger.

Popular Posts

loading...

Blog Archive

About